Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin | Episod 4

2019-05-03 5,967

Nizam berjaya mendapatkan nombor telefon Hani daripada telefon bimbit ibunya. Namun Hani tidak melayan Nizam. Mizan masih meneruskan kehidupan yang sama seperti ketika dia menduda dahulu. Oleh sebab Mizan dan Hani jarang bertembung, lelaki itu meninggalkan sampul yang berisi duit dan kunci rumah kepada isterinya. Hani berasa sangat kecewa. Sudahlah cintanya dikhianati, dipaksa kahwin pula dengan seorang lelaki yang berhati batu. Sementara itu, Puan Azimah cuba berbaik dengan Shila, namun Shila asyik mengelak. Rupa-rupanya, kandungan Shila sudah lebih lima bulan. Nizam tersedar bahawa dia telah dipergunakan.